Monday, January 27, 2014

Alfalfa - Rahsia keintiman, kesihatan & kecantikan

Bulan January 2014 ni tengah berlangsung Promosi Alfalfa, Ada lagi 3 hari sebelom promosi ni habis.. Harga Gila2 runtuh.. Patutlah ramai pelanggan borong Alfalfa Complex bulan Nie.. :)Nota ringkas: Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis. semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
.Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Untuk order/pertanyaan terus SMS/Wasap : 0178815527/01118718427

Credit to Blog : http://www.mamafaiz.com/

Friday, January 24, 2014

10 Kaedah Tingkatkan Metabolisme Badan


Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

  9. Vitamin C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
    dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

    Credit to http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan/

SHAKLEE HALAL ATAU HARAM ?

Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee. Maklumlah, Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee takde pula tu tanda logo Halal Jakim kannn..

Okay, pertama sekali sebelum kita nak lihat adakah halal ataupun tidak, kita kene tahu dulu fakta ini:

1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA. Bahan mentah semua dari sana.

2) Shaklee dieksport ke Malaysia.Jadi, jelas ya.. produk Shaklee ni semua dari USA.Yang kedua pula, yang perlu kita tahu ialah, kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telahpun mendapat Sijil Halaldaripada Islamic Services of America (ISA).

Alamak, siapa pula ISA ni kan? Betul ke ISA ni boleh bagi sijil halal? Macam tak percaya je..Jom kita check.

ISA ni adalah satu organisasi yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. Tapi yang membuatkan ISA di lebih best sebab ISA diiktiraf di peringkat dunia. Banyak organisasi Halal di negara lain mengiktiraf ISA ni, termasuklah JAKIM sendiri. Dan paling best, ISA diiktiraf oleh JAKIM semenjak tahun 1982 lagi.

Kalau rasa kurng percaya boleh je baca pasal ni kat blogISA ni. Takpun boleh rujuk gambar kat bawah ni. Ok tak cukup dengan itu, dalam web JAKIM kita boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi badan Islam lain yang diikitiraf oleh JAKIM.

So, kalau kita nak pergi beli makanan kat pasaraya dan bila belek-belek makanan tu ada tanda Halal, tapi bukan tanda halal JAKIM janganlah terus melatah ye, cuba cek dulu kat Web JAKIM ni ada tak tanda logo tu. Kalau ada alhamdulillah, bolehlah terus beli. Ingat.. kat luar negara pun ramai juga orang Islam tau.. dan tanda halal JAKIM memang takde kat sana. Halal JAKIM ada kat Malaysia je.

Jadi, bagi yang sebelum ini ragu-ragu dengan status kehalalan produk Shaklee diharap dapat pencerahan melalui entri saya ini.

Credit to Sweet Bonda

KHASIAT HERBA ALFALFA

Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa". Merupakan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 meter. Maksudnya akar lebih panjang dari batangnya. 

Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Oleh sebab itu, orang arab memberi nama tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnya "Alfalfa". 

Sejarah Perubatan
Selain dari keunikan sifat fizikal, Alfalfa banyak manfaat yang telah Allah jadikan untuk kegunaan manusia. Sejarah menceritakan, sejak abad ke-6, alfalfa telah digunakan oleh orang Cina untuk merawat penyakit batu karang, gastrousus*, mual-mual dan kembung perut. 

Pada mulanya, dunia perubatan tradisional Cina sering menggunakan daun Alfalfa untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran penghadaman. Kemudian dibangunkan untuk membantu membersihkan racun dalam darah atau dipanggil detoksifikasi dan rawatan keradangan sendi. 

Pengamal perubatan Ayurveda di India juga mengunakan Alfalfa untuk merawat penyakit gastrik. Alfalfa juga dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis. 

Alfalfa ni kalau di luar negara biasanya dimakan batangnya, pucuknya untuk buat ulam macam ulam pegaga, dan lain-lain ulam-ulaman cambahan biji benih macam tauge untuk buat salad dan daunnya jadi teh bila dikeringkan. Kalau di China sering dijadikan ubat herba yang dijual kering atau dicampur dalam sup. 

Kandungan Nutrisi Alfalfa

Alfalfa tersenarai sebagai salah satu daripada tumbuh-tumbuhan dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karotena, dan vitamin K, yang agak tinggi, membuat alfalfa sebagai makanan tambahan yang sering digunakan untuk kegunaan manusia. 

Satu lagi kelebihan alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral yang agak lengkap. 
Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink. 

Daun Alfalfa adalah sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Terdapat banyak kajian saintifik yang dilakukan keatas keberkesanan klorofil, seperti membersihkan badan, membentuk sel-sel darah, mengawal keseimbangan asid badan, meningkatkan ketahanan, serta penggantian sel-sel yang rosak. 


Khasiat Alfalfa Untuk Manusia

1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah - Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal.  Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung. 

2. Mengatasi masalah pencernaan - Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.

3. Menyingkirkan Toksin Dari Badan  - Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa kita dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa disedari.

4. Menghilangkan ketagihan alkohol  - Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah. 

5. Mengurangkan gejala menopaus - Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus. 

6. Tinggi kandungan Vitamin K - Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika kita ada luka ataupun pendarahan tu cepatlah luka tu sembuh. 

7. Dapat melegakan asma - Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian, klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini. 

8. Mencegah Kanser - Kebolehan Alfalfa ini mungkin sukar untuk dipercayai, ia boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Ini adalah kerana kandungan asid amino dipanggil canavanine yang dapat mengawal pertumbuhan sel rosak. Alfalfa juga mempunyai kebolehan yang terbukti untuk mengikat karsinogen* dalam sel usus. 

9. Sifat diuretik* - Alfalfa adalah diuretik, selain dapat meningkatkan metabolisma badan ia juga membantu dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan mengalakkan penghasilan urin. Sifatnya yang diuretik ini juga membantu dalam pencegahan berlakunya jangkitan salur kencing atau kencing berdarah. 

10. Untuk merawat Anemia*- Alfalfa telah dikenali untuk menjadi sangat berguna dalam rawatan anemia.

Credit : sipipibulat.

Begitulah khasiat alfalfa, raja segala tumbuhan ini.. Tentu semua tengah pikir mana nak cari alfalfa ni kan??? sekarang dah mudah, dah ada Shaklee Alfalfa Complex dalam bentuk tablet pun..  :D

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. 

Mealshake Shaklee

Siapa yang perlukan MealShake?

1. Anak-anak yang susah nak makan terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese atau yang memilih makan

2. Orang dewasa yang tak sempat nak breakfast ( mealshake sangat sesuai sebab ada complete nutrition)

3. Ibu mengandung yang alahan teruk..(tak boleh nak makan asyik muntah2)

4. Anak kecil yang sering demam dan selsema (bagus untuk menguatkan sistem imun badan)

5. Sangat sesuai di ambil untuk anak2 yang obes atau berat badan berlebihan

6. Ibu2 mengandung, menyusu, pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik,ingin kekal sihat khususnya yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk, dibancuh jd minuman yg lazat.

7. Mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Hanya 120 kalori dalam setiap hidangan. Boleh ditambah ke dalam jus, protin soya atau ape-ape minuman sahaja...dan sedap diminum sejuk atau suam.. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur...

Jom dapatkan Mealshake dengan harga promosi dengan kami !! PM cepat2.. ;)

Jom Sihat Dengan SHAKLEE
PM/SMS@Whatapps : 017-8815527