Sunday, February 2, 2014

2014, DILLA SUPERVISOR IN SHAKLEE !! Target Master on 2015,!


Done diskus n tambah anak shaklee.. amazing,!! 
Amalan jutawan Shaklee, mudah n praktikal,!

Bukan suka2 nak ber'anak'..
Dalam bisness nie, bukan senang2 je ber'anak' pinak..
Kene pimpin anak2.. kene bantu anak2.. 

Bak kata master Cery MamaFaiz, berani buat berani tanggung, berani beranak kenelah berani hadapi kerenah anak2.. 

Semoga ini adalah permulaan untuk Dilla. 

First thing to do, ubah niat!!
Niat berbisness sbb nak bantu suami, nak tambah pendapatan keluarga,... in sha allah, allah akan permudahkan., Aminn..

Untung suami redha, Allah dah buka jalan utama untuk berbisness sebab adanya redha suami, Penting tuu,!! 

Berbekalkan modal RM75
Now inxome Dilla dah capai 4 figure,!! Serius tak pernah mimpi pon nak capai tahap sebegini.. Allah.. n nak jugak income 5 angka, 6 angka,, in sha allah..

Segalanya yang baik datang dari-Nya, sebagai hamba kita berusaha n berdoa..

Berbekalkan hati yang cekal, pekak kan telinga, keinginan untuk belajar, dan yang paling penting tak putus asa,,! Alhamdulillah (segala puji hanya bagi allah).

2014, Supervisor in shaklee.. yup, dila memang lambat, now baru dapat sup.. tapi pada Dila, inilah permulaan, im just begin.. 

Nak tahu bagaimana ? Jom PM kita sembang2.. 
Sms/wasap : 0178815527/ 01118718427

KENALI SHAKLEE

Copy from Blog :Shaklee

Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee. 
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global.
Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.

Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya. 

Dilla Naim (ID : 888585)
0178815527/01118718427

ANEMIA SEMASA HAMIL..EFFECT HB RENDAH PADA BAYI DLM KANDUNGAN DAN PREGGY MOMMY!! please be super alert!!

Harini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??
Ramai yang tak tahu..  sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dari NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

Bahaya kekurangan Zat Besi pada ibu mengandung

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation). Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalian akan naik dgn cepat....

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
vitalea_multivitamin
Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
• Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
• The best multivitamin dalam public interest thn 2000. 
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
• Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
• Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

TOLONG jangan ambik mudah perkara ni.. sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..
berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci..
Dilla SMS/Whatapps : 0178815527/01118718427

Monday, January 27, 2014

Alfalfa - Rahsia keintiman, kesihatan & kecantikan

Bulan January 2014 ni tengah berlangsung Promosi Alfalfa, Ada lagi 3 hari sebelom promosi ni habis.. Harga Gila2 runtuh.. Patutlah ramai pelanggan borong Alfalfa Complex bulan Nie.. :)Nota ringkas: Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis. semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
.Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Untuk order/pertanyaan terus SMS/Wasap : 0178815527/01118718427

Credit to Blog : http://www.mamafaiz.com/

Friday, January 24, 2014

10 Kaedah Tingkatkan Metabolisme Badan


Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

  9. Vitamin C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
    dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

    Credit to http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan/

SHAKLEE HALAL ATAU HARAM ?

Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee. Maklumlah, Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee takde pula tu tanda logo Halal Jakim kannn..

Okay, pertama sekali sebelum kita nak lihat adakah halal ataupun tidak, kita kene tahu dulu fakta ini:

1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA. Bahan mentah semua dari sana.

2) Shaklee dieksport ke Malaysia.Jadi, jelas ya.. produk Shaklee ni semua dari USA.Yang kedua pula, yang perlu kita tahu ialah, kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telahpun mendapat Sijil Halaldaripada Islamic Services of America (ISA).

Alamak, siapa pula ISA ni kan? Betul ke ISA ni boleh bagi sijil halal? Macam tak percaya je..Jom kita check.

ISA ni adalah satu organisasi yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. Tapi yang membuatkan ISA di lebih best sebab ISA diiktiraf di peringkat dunia. Banyak organisasi Halal di negara lain mengiktiraf ISA ni, termasuklah JAKIM sendiri. Dan paling best, ISA diiktiraf oleh JAKIM semenjak tahun 1982 lagi.

Kalau rasa kurng percaya boleh je baca pasal ni kat blogISA ni. Takpun boleh rujuk gambar kat bawah ni. Ok tak cukup dengan itu, dalam web JAKIM kita boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi badan Islam lain yang diikitiraf oleh JAKIM.

So, kalau kita nak pergi beli makanan kat pasaraya dan bila belek-belek makanan tu ada tanda Halal, tapi bukan tanda halal JAKIM janganlah terus melatah ye, cuba cek dulu kat Web JAKIM ni ada tak tanda logo tu. Kalau ada alhamdulillah, bolehlah terus beli. Ingat.. kat luar negara pun ramai juga orang Islam tau.. dan tanda halal JAKIM memang takde kat sana. Halal JAKIM ada kat Malaysia je.

Jadi, bagi yang sebelum ini ragu-ragu dengan status kehalalan produk Shaklee diharap dapat pencerahan melalui entri saya ini.

Credit to Sweet Bonda

KHASIAT HERBA ALFALFA

Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa". Merupakan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 meter. Maksudnya akar lebih panjang dari batangnya. 

Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Oleh sebab itu, orang arab memberi nama tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnya "Alfalfa". 

Sejarah Perubatan
Selain dari keunikan sifat fizikal, Alfalfa banyak manfaat yang telah Allah jadikan untuk kegunaan manusia. Sejarah menceritakan, sejak abad ke-6, alfalfa telah digunakan oleh orang Cina untuk merawat penyakit batu karang, gastrousus*, mual-mual dan kembung perut. 

Pada mulanya, dunia perubatan tradisional Cina sering menggunakan daun Alfalfa untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran penghadaman. Kemudian dibangunkan untuk membantu membersihkan racun dalam darah atau dipanggil detoksifikasi dan rawatan keradangan sendi. 

Pengamal perubatan Ayurveda di India juga mengunakan Alfalfa untuk merawat penyakit gastrik. Alfalfa juga dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis. 

Alfalfa ni kalau di luar negara biasanya dimakan batangnya, pucuknya untuk buat ulam macam ulam pegaga, dan lain-lain ulam-ulaman cambahan biji benih macam tauge untuk buat salad dan daunnya jadi teh bila dikeringkan. Kalau di China sering dijadikan ubat herba yang dijual kering atau dicampur dalam sup. 

Kandungan Nutrisi Alfalfa

Alfalfa tersenarai sebagai salah satu daripada tumbuh-tumbuhan dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karotena, dan vitamin K, yang agak tinggi, membuat alfalfa sebagai makanan tambahan yang sering digunakan untuk kegunaan manusia. 

Satu lagi kelebihan alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral yang agak lengkap. 
Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink. 

Daun Alfalfa adalah sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Terdapat banyak kajian saintifik yang dilakukan keatas keberkesanan klorofil, seperti membersihkan badan, membentuk sel-sel darah, mengawal keseimbangan asid badan, meningkatkan ketahanan, serta penggantian sel-sel yang rosak. 


Khasiat Alfalfa Untuk Manusia

1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah - Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal.  Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung. 

2. Mengatasi masalah pencernaan - Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.

3. Menyingkirkan Toksin Dari Badan  - Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa kita dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa disedari.

4. Menghilangkan ketagihan alkohol  - Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah. 

5. Mengurangkan gejala menopaus - Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus. 

6. Tinggi kandungan Vitamin K - Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika kita ada luka ataupun pendarahan tu cepatlah luka tu sembuh. 

7. Dapat melegakan asma - Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian, klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini. 

8. Mencegah Kanser - Kebolehan Alfalfa ini mungkin sukar untuk dipercayai, ia boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Ini adalah kerana kandungan asid amino dipanggil canavanine yang dapat mengawal pertumbuhan sel rosak. Alfalfa juga mempunyai kebolehan yang terbukti untuk mengikat karsinogen* dalam sel usus. 

9. Sifat diuretik* - Alfalfa adalah diuretik, selain dapat meningkatkan metabolisma badan ia juga membantu dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan mengalakkan penghasilan urin. Sifatnya yang diuretik ini juga membantu dalam pencegahan berlakunya jangkitan salur kencing atau kencing berdarah. 

10. Untuk merawat Anemia*- Alfalfa telah dikenali untuk menjadi sangat berguna dalam rawatan anemia.

Credit : sipipibulat.

Begitulah khasiat alfalfa, raja segala tumbuhan ini.. Tentu semua tengah pikir mana nak cari alfalfa ni kan??? sekarang dah mudah, dah ada Shaklee Alfalfa Complex dalam bentuk tablet pun..  :D

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea.